Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sultan Brunei berkenan pandu sendiri kereta bawa Anwar ke Seri Perdana, Putrajaya

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta untuk membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seri Perdana sempena lawatan khas baginda ke Malaysia hari ini.

Sultan Brunei berkenan pandu sendiri kereta bawa Anwar ke Seri Perdana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai dari kenderaan yang dipandu oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, hari ini. - Foto BERNAMA

Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 11.40 pagi.

Sejurus tiba, baginda diberikan tabik hormat perbarisan daripada Tentera Darat Malaysia yang diketuai Mejar Mohd Faudzi Che Hashim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, hari ini. - Foto BERNAMA

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Dalam lawatan itu, Anwar akan meraikan Sultan Hassanal Bolkiah selain Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Lawatan Sultan Brunei ke Malaysia merupakan pertama kali diadakan selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Keberangkatan baginda ke Malaysia bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Lawatan terakhir Paduka Seri Baginda ke Kuala Lumpur ialah pada 4 hingga 6 Mac 2019 iaitu untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan