Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rangka kanak-kanak ditemukan, Individu dipercayai bapa mangsa luahkan kesedihan

Baru-baru ini, polis dilaporkan menemui rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, Seremban sehingga menggemparkan warganet.

Rangka kanak-kanak ditemukan, Individu dipercayai bapa mangsa luahkan kesedihan
Rangka kanak-kanak ditemukan, Individu dipercayai bapa mangsa luahkan kesedihan

Menurut laporan Harian Metro, terdapat seorang lelaki yang menggunakan nama akaun Facebook Hasrul Izwan telah mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.

Berdasarkan beberapa posting di Facebook miliknya, lelaki itu dilihat memuat naik sekeping gambar kanak-kanak perempuan dengan berkongsi rasa sedih dan menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa.

“Damailah engkau di sana wahai sayangku.. #hanan”

Rangka kanak-kanak ditemukan, Individu dipercayai bapa mangsa luahkan kesedihan

Mana pergi sifat perikemanusiaan?


Mana pergi sifat perikemanusiaan?

Menerusi ruangan komen, lelaki berkenaan juga menulis bahawa dia mengakui terkejut dengan laporan berita sekali gus tidak menyangka anak sendiri menjadi mangsa.

“Macam tak percaya, selalu tengok kes macam ni dalam Facebook dan berita pasal orang lain. Ni anak sendiri yang kena. Ya Allah. Seumur hidup aku, ni dugaan paling berat aku harus tempuh di bulan mulia ni,” tulisnya.

Selain itu, dia turut mengemas kini status memohon maaf kerana tidak dapat bersama mangsa seolah-olah menggambarkan kanak-kanak terbabit melalui ‘keperitan’ hidup hingga akhir hayat.

“Maaf kerana tidak ada di sisimu ketika kau menempuh hari-hari yang amat menyakitkan hingga akhir sayang #hanan,” katanya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas sebarang pertanyaan netizen yang tertanya-tanya berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, pihak Harian Metro sedang berusaha untuk menghubungi lelaki berkenaan namun mesej yang dihantar sebelum dijawab.

Baca berita sebelum ini: Polis temui tengkorak, cebisan tulang dipercayai kanak² perempuan 5 tahun

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya hanya menunggu laporan keputusan patologi dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenalpasti identiti rangka yang ditemui.

Salah seorang suspek dibawa ke lokasi
Salah seorang suspek dibawa ke lokasi

Terdahulu, polis membawa salah seorang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tanpa identiti di kawasan gaung berdekatan Jalan Bukit Putus ke belukar tersebut.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan