Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tragedi helikopter terhempas, tak disangka ini punca berlakunya kemalangan

Bali, Indonesia: Dua warga Australia dan tiga rakyat Indonesia terselamat dalam insiden helikopter terhempas di Kuta Selatan dekat Badung, Bali, Indonesia, petang kelmarin.

Tragedi helikopter terhempas, tak disangka ini punca berlakunya kemalangan

Jakarta Post melaporkan nahas berlaku selepas helikopter itu tersangkut pada tali layang-layang.

Jurucakap agensi mencari dan menyelamat Denpasar, Nyoman Sidakarya, berkata helikopter itu berlepas dari Garuda Wisnu Kencana untuk meninjau sekitar Bali pada 2.33 petang tetapi dilaporkan terhempas lima minit kemudian di kampung Pecatu.

Juruterbang, anak kapal dan seorang penumpang yang semuanya warga Indonesia dan dua penumpang warga Australia cedera sebelum dikejarkan ke hospital.

“Semua mangsa terselamat dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata Sidakarya.

Menurut Agensi Berita Xinhua, dua individu mengalami kecederaan serius, manakala tiga lagi cedera ringan.

Sementara itu, jurucakap Direktorat Kanan Pengangkutan Udara dan Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku selepas helikopter itu terperangkap dalam tali layang-layang.

“Kami menerima laporan bahawa kemalangan helikopter jenis PK-WSP Bell 505 milik PT Whitesky Aviation di Kuta Selatan adalah disebabkan ia tersangkut dengan tali layang-layang,” kata Khusnu.

Menurut Khusnu, kementerian akan melaksanakan kempen lebih intensif mengenai bahaya layang-layang dan pemantauan melalui penyelarasan dengan pentadbiran Bali. - Jakarta Post



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan