Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Budak perempuan yang hilang di Iskandar Puteri, Johor ditemui di Batang Kali

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri pada Sabtu lalu ditemui hari ini.

Budak perempuan yang hilang di Iskandar Puteri, Johor ditemui di Batang Kali
Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang dari sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan ketika mengesahkan hal itu kepada Malaysiakini berkata budak perempuan terbabit ditemui di sekitar Batang Kali, Selangor.

Bagaimanapun Hussein enggan mendedahkan keadaan kanak-kanak terbabit.

Baca: Kes budak 6 tahun hilang, diklasifikasi sebagai culik 3 individu ditahan bantu siasatan

Katanya kenyataan lanjut mengenai penemuan tersebut akan dibuat selepas ini.

“Ketua Polis Johor akan keluarkan kenyataan lanjut berhubung kes ini,” kata Hussein.

Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang dari sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

Polis sejak itu mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai culik selepas tiga suspek ditahan pihak berkuasa semalam.

Sumber: Malaysiakini



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan