“Saya tidak akan berhenti sehingga banjir selesai...” – kini Abang Viva bantu mangsa banjir di Melaka |
Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, berkata, walaupun bergerak di atas inisiatif sendiri, dia akan meneruskan misinya untuk membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi di kampung halamannya sendiri.
“Saya akan lihat kawasan di Melaka yang paling teruk terjejas dan akan terus ke sana untuk menggerakkan misi bantuan.
“Banjir kali ini seperti tidak akan habis, dari satu ke satu tempat dan saya tidak akan berhenti selagi banjir tidak selesai,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini turut membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk turun membantu.
“Saya anggap ini dukungan buat saya untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk membantu orang lain.
“Walaupun saya tidak dibayar, bagi saya yang paling penting adalah nyawa dan kita perlu saling bantu-membantu kerana kita tidak tahu nasib yang mugkin menimpa kita suatu hari nanti,” jelasnya.
Terdahulu, Azwan menjadi perhatian ramai kerana datang dari Melaka untuk membantu penduduk yang terjejas di Shah Alam sehingga digelar ‘wira banjir’. sumber- K!ONLINE
0 Ulasan