Datin Shahida pula disahkan positif Covid-19, selepas suaminya Aliff Syukri |
Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd. Rashid berkongsi berita duka tersebut menerusi Instagramnya sebentar tadi.
“Ramai menanti. Baru dapat keputusan petang ini, kontak rapatkan, saya pun positif juga.
“Alhamdulillah anak-anak semua sihat. Doakan saya cepat sembuh,” tulis Shahida yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Dalam pada itu, Shahida turut memuat naik surat rasmi dari klinik yang mengesahkan dia positif Covid-19. Malah terdapat pengikutnya menjelaskan kesan virus atau CT value yang dimiliki oleh Shahida adalah rendah bermakna jangkitannya masih baharu dan mampu menjangkiti orang lain.
Terdahulu suaminya, Aliff Syukri telah diselar ibunya sendiri Bonda Rozita Ibrahim apabila membuat naik hantaran meraih simpati orang ramai selepas dirawat di hospital kerana positif Covid-19 tahap tiga.
Menurut Rozita, anaknya memang sakit sejak pulang dari percutian bersama keluarga di Turki baru-baru ini dan dirawat di hospital, bagaimanapun kini Aliff berada dalam keadaan yang sihat.
Rentetan daripada hantaran ibunya itu, ramai menyangka Aliff sengaja membuat gimik sehingga memaksanya membuat penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.
“Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital empat sehingga lima yang lepas dan sekarang masih di wad hospital di Damansara, Selangor.
“Bukan sekadar gimik ya, memang saya tak nak beritahu sesiapa waktu saya tengah lemah sangat, kini sudah beransur pulih barulah saya muat naik video tersebut,” kata Aliff yang dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor. – K! ONLINE
0 Ulasan