Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video tular tersebar lelaki belasah wanita, ditendang dan diheret dalam rumah

KAJANG – Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap video tular lelaki belasah wanita yang ditendang dan diheret badannya dalam sebuah rumah, di kawasan Kajang.

Video tular tersebar lelaki belasah wanita, ditendang dan diheret dalam rumah
Tangkap layar video berdurasi satu minit tujuh saat itu menyaksikan mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan bekata, pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.

“Saya boleh sahkan kami terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan juga sedang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam satu rakaman video perbuatan lelaki dipercayai suami mendera wanita dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu menyaksikan mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Turut diperlihatkan, kanak-kanak perempuan yang berada di lokasi kejadian juga menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf maaf kepada individu berkenaan. – K Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan