Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Piala Malaysia, Piala FA bakal gunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) musim 2023

HASRAT peminat bola sepak tempatan menyaksikan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) akhirnya tercapai apabila teknologi itu akan digunakan pada Liga Malaysia (Liga M) menerusi pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia musim depan.

Liga Malaysia bakal gunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mulai musim depan
Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) akan digunakan bagi pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia, musim depan

Khabar gembira itu pastinya menjadi perkembangan positif buat industri bola sepak tempatan selepas sering dipalit kontroversi pengadilan termasuk ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Kuala Lumpur City (KL City) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu bersetuju menggunakan teknologi itu.

“Jawatankuasa Eksekutif sudah dimaklumkan bahawa FAM sedang dalam proses meneliti untuk menggunakan VAR bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia 2023, bukan aksi liga.

“Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Setakat ini kita bersetuju untuk menggunakan teknologi itu dalam pertandingan itu,” kata­nya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kali ke-6 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 di Wisma FA, semalam.

Pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Cheras kelmarin, ­prestasi pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab menimbulkan rasa kurang senang penyokong The City Boys dan mendakwa jaringan kemenangan Kpah Sherman tidak patut dikira kerana bola terlebih dahulu terkena tangan pemain Terengganu.

Mengulas lanjut, Timbalan Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk S. Sivasundram pihaknya sedang meneliti secara terperinci mengenai kesesuaian peringkat pertandingan untuk menggunakan VAR dan akan menghantar pengadil tempatan menjalani kursus berkaitan.

Sumbar: Kosmo



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan