Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kemalangan: Penuntut UiTM maut, rakan parah motosikal dinaiki dirempuh van

Seorang penuntut Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van dalam kejadian di Simpang Empat Paya Jemerli, Kulim petang semalam.

Keadaan motosikal dan van dalam kemalangan melibatkan penuntut UiTM di Simpang Empat Paya Jemerli, Kulim semalam. (Gambar Facebook)
Keadaan motosikal dan van dalam kemalangan melibatkan penuntut UiTM di Simpang Empat Paya Jemerli, Kulim semalam. (Gambar Facebook)

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Mohd Redzuan Salleh, kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang ketika motosikal dinaiki mereka dipercayai keluar dari sebuah simpang secara mengejut.

Katanya, mereka kemudiannya terus dirempuh van dari arah Baling ke Bukit Mertajam yang tidak sempat mengelak motosikal mangsa.

“Pelanggaran menyebabkan van itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang lelaki berusia 30-an,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata salah seorang mangsa maut serta merta di lokasi kejadian manakala rakannya yang parah dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan.

“Seorang lagi penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah diberi rawatan pesakit luar di hospital yang sama manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan