Pelakon yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku (7HM), Wan Sharmila, 40, menepis untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai status hubungannya dengan pelawak dan usahawan terkenal tanah air, Shuib Sepahtu.
“Tentang Shuib? Tak nak cakap apa-apa sebab saya takut tersalah cakap...” – Wan Sharmila |
Meski sedar ramai sedang memperkatakan mengenai gosip yang bertebaran, pelakon yang mesra disapa sebagai Lala ini lebih selesa untuk mengunci mulut dan enggan memberi sebarang komen lanjut.
“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.
“Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah, katanya.
Pelakon ini berkata demikian semasa ditemui pada majlis Destinasi Rasa bersama chef selebriti, Naem Ramli di Le Meridien, di sini, baru-baru ini.
Terdahulu, timbul khabar angin bahawa Lala adalah wanita yang kini mungkin sedang mengenali pelawak tersebut termasuk keluarganya.
Baca: “Saya sendiri tengok pun terkejut sebab memang persis saya...” Wan Sharmila dipeluk anak Shuib?Ini merujuk kepada rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, baru-baru ini yang memaparkan dirinya menghabiskan masa bersantai dengan anak perempuan Allahyarham penyanyi tersebut, Dzahira Talita Zahra, 9.
Baca: “Seharian dgn Aunty Lala. Dekta gembira sangat...” – peminat doakan Wan Sharmila, Shuib berjodohanSelain itu, ditanya lanjut mengenai citarasanya menggunapakai tudung daripada jenama Loveta yang diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah sebelum ini, Lala mengaku sudah lama menyokong jenama tersebut.v
“Saya pakai tudung arwah itu sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah. Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.
“Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib).
“Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,”katanya.
Untuk info, Lala sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada tahun 2007.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama dan kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai pada 23 Oktober 2009.
0 Ulasan