Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kebakaran hutan di Taman Negara Jasper Kanada, 17,500 orang terpaksa berpindah

OTTAWA: Kira-kira seramai 17,500 penduduk di Alberta dipindahkan akibat bencana kebakaran hutan di Jasper dan kawasan berhampiran, lapor Xinhua pada Selasa.

Kebakaran hutan di Taman Negara Jasper Kanada, 17,500 orang terpaksa berpindah
Deretan kenderaan memenuhi lebuh raya apabila orang ramai berpindah kerana kebakaran hutan pada awal Selasa, 23 Julai 2024, di Jasper, Alberta. Carolyn Campbell/The Canadian Press/AP

Taman Negara Jasper iaitu taman terbesar di Canadian Rockies termasuk kawasan bandar Jasper telah dikosongkan lewat malam Isnin.

Pihak berkuasa di wilayah Alberta, perbandaran Jasper dan Taman Negara Jasper pada Selasa memaklumkan operasi pemindahan dari bandar dan taman terbabit berjalan dengan lancar.

Pihak berkuasa di wilayah Alberta, perbandaran Jasper dan Taman Negara Jasper pada Selasa memaklumkan operasi pemindahan dari bandar dan taman terbabit berjalan dengan lancar.

Sekurang-kurangnya dua kebakaran sedang marak di Taman Negara Jasper, yang ditutup Selasa. Taman Negara Jasper adalah salah satu taman paling popular di Kanada dan menarik hampir 2.5 juta pelawat tahun lepas, menurut Parks Canada.

Sementara itu, 'British Columbia Wildfire' melaporkan sekitar 300 kebakaran hutan aktif, manakala 'Alberta Wildfire' melaporkan 176 kebakaran hutan yang aktif pada Selasa.

Peringkat awal pemindahan adalah rumit oleh lokasi kebakaran, yang memaksa kebanyakan lalu lintas ke barat ke arah British Columbia di Lebuhraya 16 di wilayah itu. Menjelang jam paling awal pagi Selasa, beberapa lalu lintas dibenarkan bergerak ke timur.

Indeks Kualiti Udara (AQHI) di Calgary mencapai tujuh (berisiko tinggi), dengan beberapa lokasi termasuk Edmonton dan Red Deer mencecah 10 (penarafan tertinggi pada skala AQHI), lapor CTV News. - BERNAMA-XINHUA



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan