Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lepaskan geram dan cemburu terhadap teman lelaki curang, wanita bakar bilik sewa

Seorang wanita di pusat peranginan Thailand, Pattaya membakar bilik sewa teman lelakinya di sebuah apartmen selepas mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain, lapor laman berita Thaiger semalam.

Gara-gara cemburu, wanita bakar bilik sewa teman lelaki
Keadaan bilik sewa seorang lelaki yang dibakar oleh teman wanita kerana cemburu

Kejadian berlaku pada pagi kelmarin, manakala api berjaya dipadamkan oleh anggota-anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian.

Menurut laman berita Pattaya News, bilik itu dipenuhi asap tebal ketika anggota-anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran dalam tempoh kira-kira 10 minit dan bilik berkenaan turut mengalami kerosakan.

Pemuda berusia 33 tahun yang merupakan warga Thailand itu telah bercinta dengan pelaku kebakaran tersebut iaitu wanita berumur 25 tahun. Menurutnya, kekasihnya mabuk ketika bertindak membakar bilik sewanya.

Wanita itu kemudian ditahan di balai polis Nong Prue dan setakat ini masih belum diketahui dakwaan yang dikenakan ke atasnya. - K Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan