Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video goyang dada pulak... Akaun Facebook Kak Long 7E dah kena block?

Meskipun sudah hampir tiga minggu berlalu, nama ‘Kak Long 7E’ masih menjadi perbualan ramai sehingga hari ini apabila ada sahaja tindakannya yang mengundang rasa kurang senang oleh masyarakat sekeliling.

Video goyang dada pulak... Akaun FB Kak Long 7E dah kena block?

Terbaru, tular satu rakaman video memaparkan seorang individu mirip Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura melakukan aksi dianggap tidak senonoh secara siaran langsung di laman Facebook.

Video itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, KJ Nilam memperlihatkan Kak Long tanpa segan silu beberapa kali menggoyangkan bahagian dadanya sambil bercakap dalam loghat Terengganu di dalam kereta.

Rakaman video berdurasi 42 saat tersebut turut kelihatan seorang wanita dipercayai ibunya berada di tempat duduk belakang dan anaknya yang berada di sisi seolah-olah tidak menghiraukan aksi wanita berkenaan.

Video goyang dada pulak... Akaun FB Kak Long 7E dah kena block?

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh siaran langsung video berkenaan sebelum tiba-tiba tular sehingga mendapat sebanyak 220 perkongsian dan 594 komen dalam kalangan netizen.

Sementara itu, seorang pengguna laman Twitter @Mulut_Cabai mendakwa akaun Facebook milik ibu kepada dua cahaya mata itu sudah disekat kemungkinan hasil ‘report’ pengguna media sosial.

“Tapi, korang maki dia macam mana sekali pun, takda kesan. Yang pasti hasil korang report tu berjaya. Bagus. teruskan. Jangan ada lagi yang jemput masuk TV dah la,” tulis @Mulut_Cabai.

Hasil pemerhatian mendapati dua Facebook digunakan Kak Long sebelum ini sudah tiada di ruangan carian, namun terdapat satu lagi akaun bernama Wan Noor Baizura didakwa netizen milik suaminya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen pada salah satu di akaun terbabit yang bertanya sekiranya semua akaun Facebook Kak Long sudah ‘terbenam’ selain berharap orang ramai tidak lagi mengikuti sebarang sosial media wanita tersebut.

Selain memarahi pekerja 7 Elevan dan KFC, Kak Long juga terpalit kontroversi melakukan aksi badan dan memek seolah-olah mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi satu video tular baru-baru ini.

Sumber: Facebook KJ Nilam, Twitter @Mulut_Cabai


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan