Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita nekad gigit kabel anti-kecurian, larikan iPhone di ruang pameran kedai

BEIJING – Seorang wanita ditangkap kerana mengigit kabel anti-kecurian bagi melarikan sebuah telefon pintar berharga 7,000 yuan (RM4,480) di sebuah kedai telefon di China.

Wanita gigit kabel anti kecurian, larikan iPhone di ruang pameran kedai
Suspek menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya. - SCMP/ Douyin

Akhbar South China Morning Post melaporkan, wanita bernama Qiu, dari wilayah Fujian itu ditahan polis 30 minit selepas meninggalkan premis tersebut.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Qiu berhenti di hadapan meja pameran telefon pintar sebelum memegang sebuah peranti iPhone 14 Plus.

Selepas memeriksa peranti itu, dia menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya sebelum melarikan diri.

Pengurus kedai, Wang, berkata, sebuah penggera berbunyi semasa kecurian berlaku namun, kakitangan tidak menyedari kehilangan telefon itu sehingga mereka menemui kabel yang putus akibat digigit, selain sebuah telefon pintar disahkan hilang.

Polis kemudian berjaya mengesan lokasi Qiu dan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan