Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Isteri Shuk Sahar kongsi video dipujuk rayu seseorang, “baru jer nak mula hidup baru...”

Baru-baru ini, perkongsian video oleh isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Rossa mendedahkan mesej dan panggilan telefon tidak berjawab dipercayai daripada pelawak itu.

Isteri Shuk Sahar kongsi video dipujuk rayu seseorang, “baru jer nak mula hidup baru...”
Isteri Shuk Sahar kongsi video dipujuk rayu seseorang, “baru jer nak mula hidup baru...”

Diruangan komen, rata-rata netizen menasihati Seera agar tidak termakan dengan pujuk rayu lelaki tersebut dan meneruskan kehidupan baru.

Turut disertakan kapsyen dimana Serra seakan menggambarkan kehidupan yang baru dibina itu diganggu oleh seseorang yang menyedari kehilangannya.

Bagaimanapun, memetik mStar Online, Serra berkata perkongsian itu hanyalah pesanan buat para wanita di luar sana supaya terus kuat berdepan dugaan.

“Sebenarnya itu sekadar video nasihat untuk para isteri dan wanita di luar sana sahaja. Ia lebih kepada nasihat yang kita perlu teruskan hidup walau apa yang berlaku.

@rossa.sera Hargai para isteri sebelum terlambat🥰 #fyp #foryoupage #sabar ♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀

Kita perlu buka buku baru untuk mulakan kehidupan baru bersama anak-anak. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya dengan anak-anak,” katanya.

Baca juga: “Saya pergi ke mahkamah dengan siapa, biar saya saja yang tahu...” — isteri Shuk Sahar

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.

Sumber: Mstar Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan