Isu mengenai seorang wanita yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ semakin mendapat perhatian orang ramai sejak awal Mac lalu. Semalam, selepas tular kisah wanita itu diundang sebagai jemputan dalam sebuah program televisyen, dia sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini apabila rakaman siaran langsung Facebook yang memaparkan tindakannya seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).
Kak Long 7E Dungun tular lagi kali ini biadap buat Live FB hina orang kurang upaya OKU pula |
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.
Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.
Dapat kecaman
“Malu la jadi mak kalau perangai macam ini, patutlah anak pun lebih kurang bahasanya, kalau yang patut tunjuk contoh baik pun gagal jaga adab,” komen seorang pengguna.
“Kalau Allah bagi cacat terus, baru dia insaf mungkin, berubahlah cepat, dari awal bulan cerita pasal mak cik ini tak habis-habis, dah kena kecam, minta maaf, esok video baru lagi, kecam lagi,” ujar pengguna yang lain.
Mohon maaf
Dalam kenyataan ringkas di Facebook, Kak Long menafikan dakwaan itu dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya.
“Demi Allah saya tidak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat? Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Kenapa selalu cari silap saya?
Kak Long nafi hina OKU.
“Niat saya, hanya Allah saja yang tahu. Saya tak kata OKU dan tak sebut OKU. Sekarang bila buat live FB, orang akan rakam video live saya. Orang tunggu masa saja. Saya terlalu penat nak layan. Saya nak fokus hidup dan berniaga. Saya malas nak fikir.
“Saya buat live sekadar happy, untuk hiburkan diri. Pesanan saya kepada yang sebar video saya, saya tak akan maafkan awak. Sesiapa yang edit video saya, pun saya tak maafkan.
“Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka hina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?” ujar Kak Long lagi.
Dalam pada itu, Kak Long yang berada di ibu negara sejak Ahad lalu demi memenuhi jemputan TV Al Hijrah baru sahaja tiba di Dungun, Terengganu sekitar jam 4 pagi Rabu.
Biarpun sudah membuat rakaman, TV Al Hijrah pada Selasa mengumumkan penangguhan siaran rancangan tersebut.
Selain pihak produksi dan Kak Long, Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara turut dikecam teruk oleh netizen.
0 Ulasan