Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tawaran Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang Sesi 2022/2023

Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Dalam Negara sudah dibuka untuk permohonan bagi pengambilan sesi 2022/2023. Pemohon-pemohon yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan ini sebelum tarikh permohonan ditutup.

Tawaran Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang Sesi 2022/2023

Maklumat lanjut berkaitan permohonan Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang adalah sebagaimana berikut;

Tarikh Tutup

Permohonan dibuka sehingga 11 November 2022 (Jumaat)

Bidang Pengajian Yang Ditaja

1: IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KLINIKAL & KESIHATAN

Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.

2: IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SASTERA

Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.

3: IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SAINS SOSIAL

Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.

4: IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KEJURUTERAAN

Eletrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan,Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

5: ATAU PENGAJIAN

Lain-lain bidang pengajian yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MOA)/Badan Profesional dan mematuhi hukum syara’.

Syarat Umum Permohonan

  1. Warganegara Malaysia beragama Islam
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun
  3. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah dan syarat biasiswa MAIWP

Syarat khusus permohonan boleh rujuk laman web www.maiwp.gov.my

Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah;

Borang Permohonan

Atau borang fizikal boleh didapati melalui:

  1. Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
  2. Semua kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  3. Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
  4. Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan

Dokumen Sokongan

Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah LENGKAP seperti berikut:

  1. Dua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih. (menutup aurat bagi wanita).
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar
  3. Satu salinan kad pengenalan suami/ ayah, isteri/ ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/ bekerja)
  4. Satu salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO/ surat akuan sumpah pendapatan TERKINI Suami/ Ayah dan Isteri/ Ibu/ pengesahan pendapatan suami/ ayah dan isteri/ ibu *yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja*)
  5. Satu salinan surat perakuan nikah.
  6. Satu salinan surat perakuan cerai/ prosiding mahkamah TERKINI/ pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) TERKINI.*
  7. Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/ STAM/ Salinan Transkrip Penuh/ Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
  8. Satu Salinan sijil kematian ibu/ bapa/ suami/ isteri.*
  9. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  10. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/ tangguangan.*
  11. Surat pengesahan sakit kronik pelajar/ pemohon/ tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.*
  12. Satu salinan bil utiliti / cukai pintu TERKINI.
  13. Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/ Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.
  14. Satu salinan Pengesahan Pengajian/ Kad Pelajar/ Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajar di IPT.
  15. Satu salinan buku akaun bank pelajar (KECUALI Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank)
  16. Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.*

Tanda * jika berkenaan

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa MAIWP Pelajar Cemerlang ini sila hubungi; 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632

Sumber: MAIWP


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan