Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gara-gara berebut seorang awek, pelajar senior pukul dengan batu sampai cedera teruk di kepala!..

Satu insiden yang memalukan melibatkan pelajar remaja di negara ini dilaporkan oleh FMT hari ini, berlaku pergaduhan serius di kalangan pelajar di sekolah.

Gara-gara berebut awek, pelajar senior pukul dengan batu sampai retak tempurung kepala!..
Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Gambar FMT

Entah di mana silapnya pendidikan agama dan akhlak anak muda sekarang, demi seorang gadis yang merupakan seorang pelajar perempuan, seorang pelajar senior Tingkatan 5 sanggup memukul kepala juniornya yang berada di Tingkatan 4 dengan batu!..

Tidak dinyatakan setakat mana ‘sangat’ kejelitaan gadis atau pelajar perempuan tersebut, namun pelajar junior yang dipukul itu kini menderita akibat kecederaan parah di tempurung kepalanya yang dikhabarkan mengalami keretakan.

Juga tidak dinyatakan sama ada pelajar perempuan tersebut berada di Tingkatan 5, Tingkatan 4 atau di Tingkatan 1, namun pergaduhan memalukan itu tercetus akibat ‘berebutkan’ dirinya atau kerana mencintai gadis yang sama.

Dalam kejadian yang berlaku di Gua Musang, Kelantan pada jam 11.15 pagi Selasa lalu, mangsa sedang berada di luar kelas apabila tiba-tiba didatangi oleh lima orang pelajar Tingkatan 5 yang beramai-ramai memukulnya.

Seorang dari suspek kemudiannya menggunakan sebiji batu untuk memukul kepalanya sehingga menyebabkan bahagian kiri tempurung kepalanya retak.

Seorang pengawas yang berada di tempat kejadian sempat meleraikan pergaduhan tersebut sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.

Ini pula perangai murid sekolah rendah sekarang: Bukan surat cinta biasa.. Tak sangka murid darjah 3 dapat surat cinta ada terselit unsur lucah!...

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mangsa kini dimasukkan ke Hospital Gua Musang akibat kecederaan di kepala, tangan, belakang badan dan kaki.

Baca: [Video] “Buat malu sekolah, ada pelajar bingai macam ni” – Pelajar main sembur² alat pemadam api

Keadaan terkini mangsa tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini dan tidak dapat dipastikan juga sama ada pelajar perempuan yang menjadi rebutan tersebut ada melawatnya di hospital atau tidak.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan