Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jangkitan Covid-19 terus melonjak, sebanyak 20,939 kes baharu dilaporkan hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 20,939 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas. Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan jangkitan kini ialah 2,996,361.

Jangkitan Covid-19 terus melonjak, sebanyak 20,939 kes baharu dilaporkan hari ini

Jangkitan baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 154 hari, sejak September 10, 2021.

Setakat semalam, nilai R-naught di Malaysia adalah 1.51. Nilai lebih daripada 1.00 menandakan kadar penularan wabak yang meningkat.

Setiap negeri juga mencatatkan nilai R-naught lebih daripada 1.00, dengan tertinggi di Labuan (2.17).

Hisham berkata, daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, secara kumulatif sebanyak 118 kes (0.56%) melibatkan Kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,821 kes (99.44%) adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Bilangan pesakit yang dirawat ke hospital pula seramai 5,319 orang setakat semalam - peningkatan 97 peratus berbanding dua minggu lalu.

Di Sabah, seramai 875 pesakit dimasukkan ke hospital - peningkatan 161 peratus berbanding dua minggu lalu.

Hanya 13.5 peratus penduduk di Sabah telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19. Ia jauh lebih rendah dengan kadar nasional iaitu 39.8 peratus.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (10 Feb) di mana 19,090 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (3,779)
  • Sabah (2,969)
  • Johor (2,837)
  • Kedah (1,956)
  • Kelantan (1,439)
  • Pulau Pinang (1,267)
  • Kuala Lumpur (1,005)
  • Negeri Sembilan (997)
  • Pahang (795)
  • Melaka (728)
  • Perak (373)
  • Terengganu (324)
  • Sarawak (226)
  • Putrajaya (183)
  • Labuan (106)
  • Perlis (106)


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan