Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sambil pegang fail bergaya keluar dari mahkamah, netizen tanya siapa pemandu Serra, isteri Shuk Sahar

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing dan lebih bergaya.

Sambil pegang fail bergaya keluar pejabat agama, netizen tanya siapa pemandu Serra, isteri Shuk Sahar
Sambil pegang fail bergaya keluar pejabat agama, netizen tanya siapa pemandu Serra, isteri Shuk Sahar

Hantaran terbaharu dalam Instagram, Rossa Serra ada memuat naik video memaparkan dirinya baru sahaja keluar dari sebuah bangunan yang dipercayai merupakan mahkamah.

Menerusi video pendek berlatar belakangkan lagu ‘Bertahan Terluka’ oleh Fabio Asher, kelihatan Serra yang mengenakan jubah berwarna hitam menuruni anak tangga menuju masuk ke sebuah kereta sambil di tangannya memegang sekeping fail.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah identiti si pemandu yang menjemput Serra. Ada di antara mereka mendakwa individu tersebut kelihatan seperti Shuk Sahar namun sehingga kini tiada imej yang jelas menguatkan dakwaan tersebut.

Terdahulu, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Sebelum ini, Serra mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Baca “Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo, yeke...?” – dakwa isteri Shuk Sahar dalam video TikTok

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat, mendoakan dipermudahkan segala uruan Serra. Ada kalangan netizen masih tertanya-tanya mengenai status hubungan Serra bersama Shuk Sahar.

Sambil pegang fail bergaya keluar pejabat agama, netizen tanya siapa pemandu Serra, isteri Shuk Sahar

Sumber: Instagram Rossa Serra


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan