Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gara-gara nak tangkap ikan besar, sanggup ikut trip ceroboh perairan pelantar minyak

KUALA TERENGGANU – Keghairahan meraih hasil laut berkua­liti dalam kuantiti banyak dikatakan punca mendorong segelintir pemancing sanggup mengikuti trip memancing ke pelantar minyak.

Gara-gara nak tangkap ikan besar, sanggup ikut trip ceroboh perairan pelantar minyak
Gara-gara nak tangkap ikan besar, sanggup ikut trip ceroboh perairan pelantar minyak

Pengusaha bot pula ‘gelap mata’ kerana mampu meraih pendapatan lumayan sehingga RM10,000 bagi setiap trip pakej memancing di kawasan larangan terbabit.

Seorang pemancing yang mahu dikenali sebagai Yusri, 41, berkata, dia sedar pelantar mi­nyak merupakan kawasan lara­ngan tetapi godaan keseronokan memancing ikan bersaiz besar mengatasi segalanya.

Kakitangan swasta yang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu berkata, kaki pancing tahu pelantar minyak merupakan lubuk ikan berkualiti tinggi.

“Sepanjang saya ikut trip memancing di kawasan pelantar minyak, antara ikan yang pernah mengena umpan ialah ikan talang, tenggiri, layaran dan merah.

“Caj RM1,000 seorang bagi setiap trip berbaloi dengan pengalaman memancing tersebut,” dakwanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Yusri berkata, peserta trip memancing di kawasan pelantar minyak itu juga telah diajar helah bagi mengelak ditahan sekiranya terserempak dengan kapal pe­nguat kuasa yang mengadakan rondaan di perairan.

Katanya, tekong bot mengajar mereka agar memberi alasan seperti terpaksa memasuki kawasan larangan tersebut kerana berlindung daripada cuaca buruk dan ombak kuat.


“Selain itu, kami diajar memberi alasan kononnya bot yang dinaiki telah mengalami kerosakan jentera sehingga terpaksa bertambat di pelantar.

“Setakat ini bot yang saya naiki belum pernah terserempak dengan kapal peronda Maritim Malaysia mahu pun bot nelayan Vietnam,” katanya.-K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan