Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Zarina Anjoulie padam gambar bersama tunang

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Zarina Anjoulie dilihat memadam gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam Instagram dan TikTok.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Zarina Anjoulie padam gambar bersama tunang

Dilihat sebagai pasangan romantis, tindakan seperti membayangkan dia sedang patah hati mengundang spekulasi terutama kepada pengikut setia yang selama ini melihat kemesraan mereka dalam laman sosial.

Apatah lagi bintang filem Mimpi Moon yang mesra disapa Anju itu turut menyelitkan kapsyen pendek, seakan membayangkan perasaannya ketika ini.

“Broken (hancur) tapi masih bertahan,” tulisnya ringkas pada ruangan keterangan video berlatarkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.

Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila aktres yang suka berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian dengan pengikut itu menutup ruangan komen.

Zarina Anjoulie

Baca: “Saya sebenarnya teringin hendak bawakan watak seorang ustazah...” – Zarina Anjoulie

Dalam hantaran lain pula, pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35, itu memuat naik gambar terbaharu bersama kapsyen yang menyatakan dirinya mengelak daripada perkara kurang menyenangkan.

Sebelum ini, Zarina secara berseloroh mengatakan lelaki berkenaan tidak akan mengahwininya selagi berat badannya tidak turun.

Begitupun, kemudian kapsyen baharu ‘dinaikkan’ yang mengatakan kenyataan sebelum ini telah dijadikan isu sedangkan itu hanya gurauan.

Zarina Anjoulie

Baca: “Orang berkemban ni haa dekat rumah, kau pulak bawa anak beranak kau..” – Zarina Anjoulie

Terdahulu, pada 26 Januari lalu Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh disatukan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut akan berlangsung pada Mac ini, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu di sebuah kawasan elit.

Baca: “Saya janda, bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa dgn duit, jadi saya....” – Zarina Anjoulie

Menerusi perkahwinan terdahulu, Anju dikurniakan seorang anak lelaki.

Zarina Anjoulie

Baca: “Rendang tak laku nak melalak kat aku” – Zarina Anjoulie berang difitnah Diva AA tak beri bantuan banjir

Sebelum ini, Zarina dan Elzey yang berstatus duda didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas tampil mesra dan membahasakan satu sama lain sebagai papa dan mama. - Kosmo.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan