Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tragedi bayi 17 bulan dihempap pokok ru ketika berkelah, tidak dapat diselamatkan

Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dilaporkan meninggal dunia selepas enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka awal pagi ini berikutan dihempap pokok ru bersama ibunya semalam.

Bayi berusia setahun dihempap pokok ru bersama ibunya tidak dapat diselamatkan

Memetik Sinar Harian, pemergian bayi terbabit dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi.

Media sebelum ini melaporkan, perkelahan lima sekeluarga bertukar cemas apabila ibu dan bayi lelakinya cedera dihempap dahan pokok ru di Pantai Puteri, lewat petang semalam..

Beliau berharap agar ahli keluarga khususnya ibu bapa mangsa tabah menghadapi ujian itu, maklumnya sewaktu dihubungi pihak hopsital pada jam 1.30 pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan, perkelahan lima sekeluarga bertukar cemas apabila ibu dan bayi lelakinya cedera dihempap dahan pokok ru di Pantai Puteri, lewat petang semalam.

“Mangsa (bayi) yang dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” jelasnya.

Imbas kembali, detik kegembiraan lima beranak bertukar duka selepas ibu bersama bayi berkenaan dihempap sebatang pokok ru sewaktu berkelah di Pantai Puteri, Tanung Kling, lapor Sinar Harian semalam.

Kejadian dikatakan berlaku jam 6.30 petang ketika wanita berkenaan sedang mendukung bayinya sambil melihat suami dan anaknya mandi di pantai berkenaan.

Sumber: Sinar Harian



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan