Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gara-gara terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah dibaham beruang

GARA-GARA terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah dibaham beruang. Seorang penjaga zoo di Andijan, Uzbekistan maut diterkam seekor beruang coklat selepas terlupa menutup pintu kandang, lapor akhbar The Sun semalam.

Gara-gara terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah dibaham beruang
Seekor beruang coklat (dalam bulatan) menerkam seorang pekerja zoo di Andijan pada 3 Januari lalu. - East2West

Pekerja yang hanya dikenali sebagai AG itu didakwa tidak mematuhi peraturan keselamatan apabila masuk ke dalam kandang untuk memberi makan kepada beruang tersebut pada 3 Januari lalu.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan AG menyedari haiwan itu berada betul-betul di belakangnya sebelum ia menerkamnya. Dia kemudia berlari menuju ke arah pintu untuk keluar dari kandang tersebut.

Haiwan itu kemudian mencakar dan menjatuhkan mangsa ke lantai sebelum menggigit leher dan mengoyak anggota badan pekerja tersebut, lapor media tempatan.

Rakan-rakan sekerjanya yang ketakutan membaling kayu dan batu ke arah beruang itu, yang membuatkan haiwan tersebut menarik mangsa dari pintu masuk kandang tersebut.

Dua pekerja zoo lain akhirnya berjaya memasuki kandang itu menggunakan tiang panjang tetapi tindakan mereka sudah terlambat.

Jurucakap polis di wilayah Andijan berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius manakala pihak berkuasa telah membuka siasatan kes jenayah mengenai pengabaian keselamatan di zoo tersebut. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan