“Paling dirindu....” – Shuib hanya mampu memeluk anak menangis ketika ziarah pusara ibu |
Walaupun pemergian Allahyarham Siti Sarah sudah lebih lima bulan, seolah-olah rasa masih baru lagi. Tambah pula apabila wajah anak-anak arwah yang merindukan ibu mereka walaupun tak diluahkan dengan kata-kata.
Terbaru, tindakan Shuib yang juga pelawak dan usahawan memujuk anak perempuannya Dzahira Talita Zahara ketika menziarahi pusara Allahyarham membuatkan ramai sebak.
Paling dirindu…
Rakaman dikongsi di laman Instagram tersebut menunjukkan reaksi Talita atau mesra dipanggil Dekta yang berusia sembilan tahun itu menangis sambil mengesat air mata sebelum dipeluk oleh bapanya.Video berdurasi 54 saat itu dihujani komen rakan artis dan pengikut Shuib dimana rata-rata turut bersedih apabila melihat kerinduan Dekta yang tiada penghujungnya. Mungkin juga sebab dia satu-satunya anak perempuan dan apabila ibu dah tiada, dirinya rasa kosong.
Mungkin juga ada sesuatu yang terpendam dalam hati Dekta yang tak semua orang tahu. Jadi apabila dia menangis, boleh buatkan dirinya sedikit tenang.
Pesanan seorang ayah...
Sementara itu, Shuib turut berkongsi InstaStory memaparkan perbualan bersama anak lelaki Ariq Matin dengan bertanya adakah kanak-kanak itu akan menziarahinya jika ditakdirkan ‘pergi’ satu hari nanti.Kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?”
“A’ah sebab Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.
Pemergian Siti Sarah...
Bintang seni, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi 9 Ogos 2021 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan secara pembedahan dalam keadaan dijangkiti wabak Covid-19.Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
0 Ulasan