Namun, tengah ‘rancak’ diperkatakan, ada individu dah meleret sehingga ia dijadikan satu bahan hinaan.
Rasanya kita kena tone down sikit
Ianya tular selepas ada pengguna akaun Twitter @zhantafa kongsikan satu rencana Wikipedia mengenai Rina Harun, individu itu membuat suntingan menggunakan kata-kata kesat dan kotor kepada namanya.Gesa individu yang dikenali sebagai Zhan, warganet sudah boleh mula ‘kurangkan’ bahkan ramai netizen lain juga turut mengingatkan agar jaga batasan dan sensitiviti nama seseorang.
Baca: Gara-gara cuci lantai ‘bersih’ sambil dirakam jurugambar, Rina Harun kena ‘troll’ lagi
Bagaimanapun, nama itu telah disunting kepada asal selepas 16 jam (dalam tempoh artikel ini ditulis). Umumnya, rencana di Wikipedia ini boleh disunting oleh mana-mana individu.
Dalam masa 16 jam, perkongsian ini telah meraih lebih daripada 600 jumlah retweets, majoriti netizen semua setuju dengan kata-kata Zhan dan anggap cara sebegini sepatutnya tidak perlu dilakukan biarpun sedang marah dan geram dengan seseorang.
0 Ulasan