WASHINGTON — Anggota tentera laut Amerika Syarikat(AS) sedang giat mencari serpihan dipercayai belon pengintip China selepas ditembak jatuh semalam.
Belon pengintip China yang disyaki telah ditembak jatuh di pantai Carolina |
Memetik AFP, penemuan belon itu juga menyebabkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken membatalkan lawatannya ke Beijing semalam.
Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan berkata, pengangkutan udara itu sepatutnya ditembak lebih awal. Ia juga telah berlegar di ruang udara selama beberapa hari sebelum ditembak oleh sebuah jet pejuang F-22.
Difahamkan, ia telah jatuh di kawasan berhampiran Pantai Carolina Selatan. Tindakan itu diambil berikutan AS mendakwa ia merupakan satu pelanggaran terhadap kedaulatan negara.
Sejurus pembatalan lawatan Blinken ke Beijing, China telah mengeluarkan satu permohonan maaf terhadap insiden itu termasuk penembakan belon miliknya.
Bagaimanapun, Menteri Luar China, Xie Feng menyuarakan kemarahan terhadap tindakan itu. Beliau mendakwa belon tanpa pemandu berkenaan hanya menjalankan pemantauan cuaca.
Dakwanya lagi, negara itu mempunyai hak untuk membuat keputusan selepas respon tersebut.
“Tindakan AS telah menjejaskan dan merosakkan usaha kedua-dua pihak dalam mengembalikan kestabilan hubungan China-AS,” katanya.
Penyelam dan kapal Tentera Laut AS dijangka mendapatkan serpihan belon, di atas medan serpihan di lautan yang tersebar sejauh tujuh batu, NBC News melaporkan, memetik seorang pegawai tentera, manakala kapal Tentera Laut dan Pengawal Pantai telah mengamankan kawasan itu.
Komander Tentera AS di Amerika Utara, Jeneral Glen VanHerck dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan operasi rondaan. Misi tersebut turut dibantu oleh pengawal pantai bagi memastikan keselamatan awam terjaga.
Terdahulu, Pusat Tentera Amerika Syarikat (AS) Pentagon telah mengesan satu belon yang dipercayai pengintip China melintasi sempadan Colombia pada Jumaat lalu.
Berikutan itu, tentera udara Colombia telah melaporkan berhubung penemuan itu dan telah menjalankan siasatan. Ia bagi membuat penyelarasan terhadap latar belakang belon itu.
Bagaimanapun, Presiden menerima kritikan selepas membuat tindakan dalam kejadian itu.
Pemimpin Republik Senat Mitch McConnell dalam satu kenyataan di Twitter mendakwa tindakan negara republik itu seolah-olah mempersendakan ruang udara AS.
Sementara itu, menurut laporan Bernama, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyifatkan insiden pencerobohan belon pengintip di ruang udara Amerika Syarikat itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dimaafkan.
Sumber: AFP
0 Ulasan