BUKAN senang untuk menerima semula pasangan yang pernah meninggalkan kita pada masa lalu. Namun, jika Tuhan berkehendak dan jodoh masih panjang, perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @naizatulsyifaa apabila memuat naik video bernikah di pejabat agama dengan pasangannya.
Menerusi kapysen yang disertakan, @naizatulsyifaa memaklumkan yang mereka sebelum ini pernah turun naik mahkamah, namun kembali bernikah semula dengan orang yang sama.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana begitu hebat perancanganNya sehingga dia kembali bergelar isteri kepada lelaki yang sama.
Susulan daripada itu, pengguna TikTok berkenaan berharap agar orang ramai dapat mendokan agar mereka terus bahagia dan perkara lampau tidak berulang semula.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menzahirkan rasa gembira serta tumpang bahagia melihat dua hati bersatu semula.
Kebanyakan daripada mereka juga mendoakan agar pasangan ini dapat mengekalkan perkahwinan tersebut hingga ke akhir hayat dan berharap pasangan ini dapat membentuk keluarga yang lebih baik di masa akan datang.
Sumber: TikTok @naizatulsyifaa
0 Ulasan