Sukacitanya Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor membuka permohonan Bantuan Zakat kepada Pelajar UiTM Cawangan Johor yang berkelayakan.
Permohonan bantuan zakat untuk pelajar UiTM Cawangan Johor 2022 |
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor merupakan sebuah unit yang menguruskan aktiviti berkaitan bantuan zakat, sedekah dan wakaf.
Pada bulan Julai 2020, UZSW diketuai oleh Koordinator dan diletakkan di bawah Rektor UiTM Cawangan Johor. Sebelum daripada itu UZSW diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Johor. Perubahan ini berdasarkan keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 07/2020 pada 4 Mac 2020.
Pada bulan Julai 2020, UZSW diketuai oleh Koordinator dan diletakkan di bawah Rektor UiTM Cawangan Johor. Sebelum daripada itu UZSW diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Johor. Perubahan ini berdasarkan keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 07/2020 pada 4 Mac 2020.
Tempoh Permohonan
Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan bantuan zakat pelajar akan dibuka bermula 16 Oktober 2022 (Ahad) hingga 5 November 2022 (Sabtu).
Syarat Permohonan
- Beragama Islam / baru memeluk Islam (Muallaf)
- Belajar sepenuh masa IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib universiti
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja setiap semester.
Poster Permohonan bantuan zakat untuk pelajar UiTM Cawangan Johor tahun 2022 yang dileluarkan oleh FB rasmi Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM |
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara secara atas talian melalui laman web:
https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php
Bagi permohonan kali pertama, sila daftar untuk akaun baru!
Dokumen Sokongan
Setiap pemohons ertakan dokumen seperti berikut (dalam Pdf):
- Salinan kad matrik pelajar
- Pengesahan pendapatan/slip gaji
- Slip pengesahan akaun / salinan penyata bank atas nama pelajar
- Surat perakuan doktor (jika perlu)
- Sijil kematian (jika perlu)
Baca juga: Tawaran Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang Sesi 2022/2023
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KAMPUS SEGAMAT
- Ustazah Mahasin (07-9352295) Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)
KAMPUS PASIR GUDANG
- Ustazah Azizah (07-3818038)
UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF UiTM CAWANGAN JOHOR
Sumber: FB ZAWAB
0 Ulasan