Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cara-cara membeli sticker RFID untuk tol lebuhraya & aktifkan secara online di applikasi Touch n Go

Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya telahpun mengumumkan pelaksanaan RFID di tol seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Januari 2022.

Cara beli sticker RFID dan aktifkan online di applikasi Touch N Go

Dengan pelaksanaan ini, dimaklumkan juga bahawa penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag akan dihentikan secara berperingkat.

Mungkin ada yang rasa tak seronok dengan berita ini, tapi ia sebenarnya salah satu langkah untuk membantu mengurangkan kesesakan di lebuhraya.

Apakah RFID?

Pelekat TNG RFID, juga dikenali sebagai TNG RFID Tag, mempunyai cip frekuensi radio yang tertanam dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Satu (1) Tag hanya boleh didaftar dan dipasang ke satu kenderaan sahaja.

Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas overhead akan membaca frekuensi radio dari TNG RFID Tag dan caj tambang tol. Tag tersebut akan didaftar dalam Touch ‘n Go eWallet pengguna dan tambang tol akan ditolak daripada baki Touch ‘n Go eWallet tersebut.

Perbezaan Smart Tag & RFID Tag


SmartTAG TNG RFID Tag
Satu unit peranti Pelekat/Tag
Dipasang ke cermin depan dengan pendakap Dilekatkan pada cermin atau lampu depan kereta
Menggunakan isyarat inframerah untuk diimbas di lorong tol Menggunakan frekuensi radio untuk diimbas di lorong tol
Menggunakan bateri Tidak perlu bateri
Berfungsi dengan memasukkan kad Touch ‘n Go Berfungsi setelah telah didaftar dalam aplikasi TNG eWallet
Boleh berfungsi dengan apa-apa kad Touch ‘n Go Hanya boleh berfungsi dengan aplikasi TNG eWallet
Tambang tol ditolak daripada kad Touch ‘n Go yang dimasukkan Tambang tol ditolak daripada akaun TNG eWallet yang didaftar
Tidak perlu sebarang pemasangan Boleh dipasang oleh juruteknik di pusat pemasangan ataupun dipasang sendiri mengikuti langkah-langkah
Tidak perlu diaktifkan Perlu didaftar & diaktifkan dalam aplikasi TNG eWallet
Boleh digunakan untuk mana-mana kereta Hanya boleh digunakan untuk kereta yang dipasang & didaftar sahaja


Cara mohon sticker RFID tol.

Tentu ada yang dah tahu dan ada juga ramai yang tak tahu cara nak dapatkan sticker RFID dgn aktifkan sekali.

Anda boleh ikut langkah dibawah ni.

Pastikan sebelum apa2,isi dulu duit dlm ewallet Touch n Go RM30 ye sebab harga 1 stickernya RM29 dengan penghantaran.

Langkah 1

Langkah 2

Rfid

Langkah 3

Rfid

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Rfid

Bila sticker dah sampai, anda boleh aktifkan terus ikut step 7,8 & 9 dan dah boleh guna.

Langkah 7

Rfid

Langkah 8

Langkah 9

Cara Pasang

Untuk tampal stickernya atau tag RFID ni di kereta ada 2 cara.

Boleh pilih sama ada :

  • Tampal kat bahagian lampu sebelah kiri (bhgn penumpang)
  • Cermin kereta sebelah kiri tp tampal bahagian luar ya & jangan kena wiper.

Rfid

Tips penting

Pastikan cara kau nak pasang RFID Tag itu betul sebab garis panduan telah ditetapkan yang:

  1. Tidak boleh pasang dekat lampu ataupun cermin yang telah digelapkan (tinted).
  2. Tidak boleh pasang dekat bahan atau permukaan yang berlogam.
  3. Pastikan ketika pasang RFID Tag itu jarak sekurang-kurangnya 5cm dari lampu dan cermin yang tinted atau bahan dan permukaan yang berlogam.

Pasang Sticker RFID di Pusat Pemasangan (Fitment Center)

Adalah kau buat research dulu cara pasang sendiri macam mana dekat internet tapi kau tak confident nak pasang sendiri RFID Tag itu. Jangan risau. Kau boleh pergi ke pusat pemasangan yang berdaftar.

Kalau nak tahu dekat mana lokasi yang berhampiran tempat tinggal kau boleh klik link rasmi pusat pemasangan RFID Touch n Go ini.

Cara nak jaga RFID Tag lepas dah pasang

Dalam 24 jam yang pertama sila elakkan mencuci cermin depan atau lampu depan yang telah dipasang dengan sticker RFID Tag.

Sila elakkan menggunakan bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia apabila membersihkan permukaan cermin depan atau lampu depan yang telah dipasang RFID Tag.

Apabila ingin mencuci kereta di kedai cuci kereta, sila ingatkan supaya berhati-hati terhadap sticker RFID Tag.

Kalau pasang sticker RFID Tag dekat bonet boleh?

Tidak boleh.

Ini kerana bonet kereta diperbuat dari bahan berlogam. Tiada cara lain nak pasang RFID Tag itu selain hanya di bahagian lampu depan ataupun cermin depan kereta sahaja.

Cermin depan dah digelapkan (tinted) kalau nak pasang boleh?

Tidak boleh.

Jika cara ini dilakukan untuk pasang RFID ia tidak akan dapat detect ketika di tol. Ini kerana terdapat kandungan logam dalam tinted filem tersebut. Namun boleh sahaja pergi bertanya di pusat pemasangan dan minta nasihat untuk cara pemasangan yang sesuai.

Boleh tak cermin depan digelapkan selepas pemasangan?

Tidak boleh.

Cara pasang RFID Tag ini hanya di permukaan cermin yang tidak digelapkan sahaja. Ini untuk bagi mengelakkan gangguan sistem pengimbasan (scan) yang diakibatkan oleh kandungan logam dalam tinted filem itu.

Bila boleh mula guna selepas pemasangan?

Pertama sekali pastikan sudah mendaftar dan diaktifkan RFID Tag. Kemudian selesai ikut cara pasang RFID Tag ini dalam 24 jam telah boleh digunakan.

Kalau nak tahu macam mana nak daftar boleh baca di link ini cara daftar RFID.

Boleh tak RFID Tag dikupas dan dipindahkan?

Tidak boleh.

Jika RFID Tag dikupas dan dipindahkan ke tempat yang lain akan mengakibatkan sticker RFID Tag itu akan rosak dan tidak boleh digunapakai lagi.

Semoga bermenafaat.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan