Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan berbentuk tunai daripada kerajaan yang menyasarkan golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan ini telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dilakukan secara berperingkatkan iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran berbeza mengikut fasa dan kategori penerima bantuan.
Syarat Asas
Syarat-syarat asas penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 adalah seperti berikut:
A) ISI RUMAH
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
2) WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Had umur 60 tahun dan ke atas
3) BUJANG
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
Jenis Bantuan Tambahan
Terdapat 2 jenis bantuan kewangan tambahan dalam BKM 2022 iaitu:
- BKM Tambahan
- Bantuan Tunai Tambahan (BTT)
Kadar BKM Tambahan
Kadar BKM Tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
- Tambahan sebanyak RM 300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas dan memiliki anak yang menepati syarat.
- Tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan memiliki anak yang menepati syarat.
Jadual BKM Tambahan
Jadual lengkap syarat, kelayakan dan jumlah BKM Tambahan adalah seperti berikut:
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak | Kelayakan Asas | Kelayakan Selepas Kadar Tambahan |
---|---|---|---|---|
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) |
RM2,500 dan ke bawah | 1-2 | 1,500 | 2,000 |
≥3 | 2,000 | 2,500 | ||
RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | 600 | 1,100 | |
≥3 | 800 | 1,300 | ||
Isi Rumah berstatus Warga Emas (tambahan RM300) |
RM2,500 dan ke bawah | 1-2 | 1,500 | 1,800 |
≥3 | 2,000 | 2,300 | ||
RM2,501 - RM5,000 | 1-2 | 600 | 900 | |
≥3 | 800 | 1,100 |
IBT = Ibu Bapa Tunggal
Bantuan Tunai Tambahan
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) adalah bayaran tambahan khas yang diperuntukkan untuk penerima BKM.
Kadar amaun bayaran Bantuan Tunai Tambahan (BTT) seperti berikut:
- Status Kahwin / Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati kelayakan – RM100
- Status Bujang / Warga Emas Sebatang Kara / IBT yang tidak mempunyai anak menepati kelayakan – RM50
Jadual Pembayaran
Pembayaran BKM 2022 adalah secara berperingkat mengikut jadual seperti di bawah:
- Fasa 1 (28 Mac 2022)
- Fasa 2 (27 Jun 2022)
- Fasa 3 (20 Sep 2022)
- Fasa 4 (Dis 2022)
Semakan status pembayaran BTT boleh dibuat mulai 27 Jub 2022 melalui pautan BKM Hasil
Cara semakan
Anda boleh semak secara online untuk melihat kelayakan anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan semakan kelayakan anda:
- Sila masuk ke laman web BKM Hasil
- Sila masukkan no. kad pengenalan dan tekan semak
- Sahkan kata kunci keselamatan dan tekan YA sekiranya betul
- Tekan semakan status untuk semak satus permohonan
- Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan
Sekiranya anda tidak menerima maklumat BKM Tambahan / Bantuan Tunai Tambahan di laman semakan anda, ini bermaksud anda tidak layak menerima bayaran BKM Tambahan.
Info lanjut
Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima:
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my
- Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my
- Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
0 Ulasan