Prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil langkah ke hadapan bagi menyokong usaha dan inisiatif kerajaan untuk memudah cara rakyat yang terkesan menceburi bidang perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz berkata, SSM sebagai sebuah badan berkanun yang mengawal selia entiti perniagaan di negara ini melalui aktiviti pendaftaran, pembekalan maklumat dan penguatkuasaan seimbang memahami kesukaran sebahagian masyarakat dalam mengharungi detik sukar ini.
Pada 16 Februari 2021, SSM telah menambah baik skim ini untuk diperluaskan kepada semua golongan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Skim ini tidak lagi terhad kepada golongan belia, ibu tunggal serta pelajar sahaja seperti sebelum ini.
Berkuatkuasa pada 4 Februari 2021, Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.
Skim ini dilberikan secara percuma dan dilaksanakan sehingga peruntukan geran ini habis digunakan.
Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkanalkan pada 1 Januari 2017 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran.
Berkuatkuasa pada 22 Disember 2020, Skim ini dibuka kepada golongan usahawan belia dan ibu tunggal dalam kumpulan berpendapatan B40 bersama-sama dengan golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM ini dilancarkan dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.
Matlamat SPPP
Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai amalan perniagaan kepada golongan sasaran dan membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui aktiviti perniagaan.
SPPP diperkenalkan bagi membantu individu terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran.
Pengecualian Fi
Pengecualain fi pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah seperti berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan
- Cetakan maklumat – RM10.
Nota: SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah perincian kategori yang layak memohon SPPP:
(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:
- Pemegang MyKad/MyPR; (Warganegara / Penduduk Tetap)
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my); dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
- Pemegang MyKad/MyPR; (Warganegara / Penduduk Tetap)
- Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Cara Pendaftaran
Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web ezbiz.ssm.com.my
Tatacara seperti berikut:
- Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu.
- Rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz (pautan ini); dan
- Rujuk Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (pautan ini)
Nota: Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja) seperti dinyatakan dalam syarat kelayakan di atas.
Infografik Pendaftaran
Soalan Lazim
1: Saya seorang usahawan yang berpendapatan M40. Adakah saya layak untuk memohon skim ini?
Tidak layak. Skim ini khas untuk usahawan yang mempunyai rekod sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Setiap individu hanya layak untuk menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.
2: Saya berpendapatan B40 tetapi tidak pernah membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) BPN 2.0 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari kerajaan. Adakah saya layak memohon skim ini?
Tidak layak. Hanya individu yang mempunyai rekod di pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja dibenarkan. Setiap individu hanya layak menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.
3: Saya merupakan pasangan kepada usahawan yang memohon BPN/BPR (tiada rekod nama saya di pangkalan data BPN/BPR di LHDN) dan saya ingin mendaftarkan perniagaan melalui skim ini. Adakah saya layak memohon?
Tidak layak. Hanya individu yang mempunyai rekod di pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja yang dibenarkan. Setiap individu hanya layak menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.
4: Saya ingin mendaftarkan perniagaan secara perkongsian dengan rakan kongsi bukan dari kategori yang disebutkan. Adakah saya layak mendaftarkan perniagaan menggunakan skim ini?
Tidak layak. Pendaftaran perniagaan secara perkongsian melalui skim ini hendaklah terdiri daripada rakan kongsi dari kategori kumpulan yang layak. Setiap individu akan hilang kelayakan selepas menggunakan skim ini kerana skim ini hanya boleh digunakan untuk satu kali pendaftaran perniagaan sahaja.
5: Saya merupakan pelajar IPTA yang mempunyai perniagaan berdaftar dan masih belum menggunakan S1P1P. Saya berminat untuk mendaftarkan satu lagi perniagaan menggunakan SPPP. Adakah saya layak memohon?
Tidak layak. Hanya individu dari golongan Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT yang tidak mempunyai entiti perniagaan yang masih aktif di pangkalan data SSM sahaja yang layak memohon.
Info Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai skim ini, boleh hubungi maklut berikut:
- Telefon pusat panggilan SSM : 03-7721 4000
- Emel ke enquiry@ssm.com.my.
- Lamam web sila layari www.ssm.com.my
- Muat turun brochure: Brochure SPPP
Rebut peluang mendaftar perniagaan anda secara PERCUMA dengan initiatif Pendaftaran Perniagaan Perniagaan Prihatin (SPPP).
Sumber: FB Suruhanjaya Syarikat Malaysia
0 Ulasan