Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tiada kad nikah selepas 23 tahun kahwin, pasangan suami isteri nyaris ditangkap khalwat

Seorang pengguna Facebook telah berkongsikan kisah insiden yang berlaku keatas dirinya dan suami. Kisah yang boleh diberikan tajuk sebagai Tiada kad nikah selepas 23 tahun kahwin, pasangan suami isteri nyaris ditangkap khalwat.

Tiada kad nikah selepas 23 tahun kahwin, Pasangan suami isteri nyaris ditangkap khalwat

Setiap kali cuti umum, pihak berkuasa sering membuat pemantauan dan menyerbu pasangan bukan mahram tinggal sebilik di hotel bagi mencegah maksiat berleluasa.

Tapi nasib tidak baik, ada juga pasangan suami isteri turut berhadapan dengan situasi tersebut. Lebih parah jika tidak membawa kad kahwin bersama.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Faridah Salleh berkongsikan dia dan suami ke Johor atas urusan kerja.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk menempah sebuah bilik hotel untuk bermalam. Namun, pada malam tersebut biliknya didatangi oleh pegawai jabatan agama.

Cemas sebaik sahaja mendengar pejabat agama yang mengetuk pintu, dia meminta kebenaran untuk menyarung tudung terlebih dahulu. Kemudian dia meminta pegawai wanita ada disitu barulah dia akan membuka pintu untuk keselamatan.

Katanya lagi, mujur suaminya ketika itu belum pulang kerana berjumpa dengan kawan lama kerana jika tidak kemungkinan mereka ibarat ditangkap khalwat kerana gagal menunjukkan bukti kad kahwin.

Dalam pada itu, insiden berlaku itu memberikan pengajaran bahawa mungkin kita sangkakan ianya perkara tidak penting namun sebenarnya sangat penting.

ALLAH MASIH TUTUP AIB.

Cuti sempena Tahun Baru Cina dianggap satu tiket untuk cg Eida membawa anak pergi bercuti sambil bekerja. Namun masalah utama ialah anak-anak tidak mahu bercuti dan akhirnya cg eida dan suami sahaja ke Muar untuk menguruskan perjalanan perniagaan kami.

Balik dari Muar kami singgah di Kluang. Disebabkan lama tak jumpa kawan lama di Kluang maka kami berehat di hotel selain memandangkan esok nak menunggu sahabat dari Kuala Lumpur nak hadir berkongsi ilmu perniagaan.

Jam 9.00 cg eida pergi bertemu sahabat lama. Manakala suami juga keluar berjumpa kawan lama satu kem. Disebabkan cg eida habis awal cg eida balik dulu ke hotel.

Disinilah kisah bermula Allah masih mahu menutup aib kami.

cg Eida naik ke bilik jam 12.15 malam. Tak lama dalam jam 12.45 pintu bilik di ketuk. Ingatkan suami balik. Tapi dengar suara berbeza. Sangat takut. Pergi ke pintu tanya banyak kali. Katanya dari PEJABAT AGAMA KLUANG. Cg eida sangat kagum dengan pejabat agama dan barisan polis yang sanggup bekerja walaupun masa cuti, walaupun dah larut malam demi Agama. Moga usaha kalian menjadi asbab kalian di syurga Allah kerana menghalang penzinaan. Tahniah barisan pejabat agama dan polis.

Dengar perkataan pejabat agama komfem mengigil. Cg eida minta izin sebentar untuk pakai tudung dan meminta agar pegawai perempuan ada di situ baru cg eida akan buka pintu. Bukan apa karang buka pintu bukan pejabat agama. Takutnya.

Alhamdulilah pegawai wanita yang masuk. Mereka periksa bilik air, ambil IC dan keterangan. Kenapa cg eida kata Allah tutup aib kami. Ini kerana cg eida dan suami langsung takda kad kawin/nikah. Masa tahun kami kawin kad kawin/nikah kena mohon. Jadi benda yang kami anggap tak penting sebenarnya sangat penting.

Cg eida dapat bayangkan jika suami ada di bilik, pasti kami tiada bukti bahawa kami suami isteri. Kami tiada kad kawin/nikah, sijil nikah di rumah. Allah kalutnya. Pasti kami di bawa ke pejabat agama sehingga kami menunjukkan bukti bahawa kami suami isteri.

Namun Allah tutup aib kami. Allah dorongkan suami balik lewat atas beberapa sebab tak disangka. Atas peristiwa ini mengajar cg eida bahwa benda tak penting dan enteng pada kita sebenarnya adalah benda yang besar dan sangat penting.

Jadi sahabat semua, ingatlah sesuatu yang kita rasa tak berguna, tak penting sebenarnya amat penting dalam hidup kita. Sama juga adik beradik atau kawan-kawan. Kadang ada kala kita rasa tak penting seseorang pada kita namun sebenarnya sesuatu yang tak penting sangat penting buat kita.

Dah jom buat kad kawin/nikah walaupun dah 23 tahun kawin. 🤣🤣🤣🤣🤣


Diakhir perkongsiannya itu, dia turut menyeru orang ramai yang masih belum membuat kad nikah sepertinya untuk berbuat demikian walaupun sudah 23 tahun berkahwin.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang baru tahu kepentingan kad nikah. Malah, ada ada yang mengatakan mereka membawa fotokopi sijil nikah kemana sahaja kerana bimbang insiden itu berlaku.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan