Tindakan tidak berakhlak dua orang lelaki berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah surau di Pekan Banting, Selangor mengundang padah apabila perbuatan mereka berjaya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsikan di media sosial.
Tangkap layar video CCTV, perbuatan sumbang dua lelaki yang tular di media sosial |
Perbuatan sumbang
Menerusi satu ciapan berlampirkan video oleh Info Kuala Langat, kelihatan dua orang lelaki seperti baru sahaja selesai mengerjakan solat. Difahamkan, kejadian terbabit berlaku pada 25 Oktober lalu.
Namun, apa yang membangkitkan amarah netizen adalah salah seorang daripada mereka mula memegang dan meraba ‘rakannya’ di dalam surau terbabit. Di dalam video berkenaan turut kelihatan mereka bercium sebelum membuka seluar.
Bersalaman
Bimbang perbuatan diketahui, kedua-duanya sempat bersalam dengan jemaah yang berada berdekatan mereka sebelum keluar. Namun sehingga kini tiada laporan lanjut mengenai kejadian tersebut.
“Dah ‘pegang’ lepas tu salam orang...” - komen seorang netizen.
Video berdurasi seminit 50 saat itu meraih lebih 225.1K tontonan dan mendapat lebih 5020 tanda suka di Twitter ketika artikel ini disiarkan.
Kemaskini berita
Laporan Harian Metro: Bukan perlakuan sumbang tapi bergurau adik-beradik
Kuala Langat: Dua lelaki yang didakwa membuat perlakuan sumbang dalam sebuah surau di Banting yang tular baru-baru ini adalah adik-beradik.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kedua beradik berusia 21 dan 14 tahun itu tinggal di Seremban, Negeri Sembilan.
"Kedua individu berkenaan datang ke Banting bersama ibu bapa serta seorang adik perempuan untuk bercuti dan makan di sebuah restoran di pekan Banting.
"Kira-kira jam 4.30 petang, pada Selasa lalu, keluarga berkenaan singgah di sebuah surau di pekan Banting untuk menunaikan solat.
"Selepas selesai solat, kedua adik-beradik itu bergurau di dalam surau tanpa disedari perbuatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan kedua ibu bapa mereka, dua beradik itu mempunyai hubungan yang rapat dan selalu bergurau.
Katanya, dalam kejadian itu, abang bergurau dengan adiknya serta membetulkan seluar dan tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau terbabit.
"Keterangan kedua pelaku dan ibu bapa mereka sudah diambil dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut," katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis daerah Kuala Langat menerima laporan daripada pihak surau berhubung kejadian itu.
Ia susulan video berdurasi satu minit 49 saat yang dimuatnaik di media sosial memaparkan dua lelaki tempatan membuat perkara yang tidak senonoh dalam surau.
Polis menerima laporan pada jam 9.07 malam Rabu lalu daripada seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun iaitu bilal surau mengatakan melihat rakaman CCTV mengenai dua lelaki melakukan aksi terbabit.
0 Ulasan