Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Mengigil kaki dengar gendang silat, pengantin buka langkah gemparkan hadirin

Silat sembah pengantin adalah salah satu warisan melayu ketika majlis bersanding. Biasanya pengantin dikehendaki untuk duduk di kerusi biasa di tengah panas untuk menyaksikan persembahan silat pengantin ini. Walaupun di tengah panas, pasti akan ada ramai orang yang berkerumun untuk menyaksikan silat pengantin ini kerana kesenian bunganya yang menarik serta sudah pasti menunggu adegan lucu untuk kenakan pengantin. .

Mengigil kaki dengar gendang silat, pengantin buka langkah gemparkan hadirin
Mengigil kaki dengar gendang silat, pengantin buka langkah gemparkan hadirin.- Gambar tangkap layar TikTok

Selalunya ahli keluarga akan tampil buka langkah, saat ini tetamu juga pastinya takjub melihat pergerakan silat yang sungguh tangkas di hadapan mata mereka.

Pengantin lelaki tak keruan

Dalam sebuah perkongsian video TikTok, acara silat sembah pengantin bertukar kecoh bermula dengan pengantin lelaki yang menggerakkan kaki sebelah kanannya secara laju.

Makin lama dia mendengar irama serunai dan gendang pendekar tersebut, pergerakan lututnya semakin kencang kemudian dengan pantas beliau meloncat dengan membuka langkah persilatan.

Sempat bersilat persis pendekar

Bukan sahaja isteri di sebelah yang terkejut, malahan jemputan lain juga terlihat cuba menenangkan keadaan.

Sepatutnya menjadi persembahan silat biasa-biasa saja, namun ia malah bertukar seperti medan pertarungan sebenar yang agak tegang.

Tidak lama kemudian, mempelai berbaju pengantin itu tiba-tiba rebah ke atas tanah.

“Ini irama warisan silat, memanglah panas bila dengar bunyi tu…Nasib tak kemek kepala brader tu kena siku...”

Meraih ratusan ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan semalam, ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar Raja Sehari itu bertindak sebegitu rupa.

Namun bagi pengamal silat sendiri, mereka tidak ketinggalan berkongsikan pengalaman pernah alami hal sama di mana semangat tiba-tiba ‘membara’ tatkala mendengar Gendang Silat.

Sumber: TikTok



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan