Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Selepas hampir 30 tahun perkahwinan, Zarina Zainuddin dedahkan identiti suaminya

Pelakon Zarina Zainuddin pada Khamis berkongsi sisi peribadinya sewaktu awal perkenalan dengan suaminya, Datuk Seri Raihan, hampir 30 tahun lalu.

Selepas lebih 28 tahun perkahwinan, Zarina Zainuddin dedahkan siapa suaminya

Menurut Zarina, Raihan disifatkan sebagai lelaki yang jujur meski pada mulanya dia t4kut untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

Malah ketika mahu melamar, Zarina meminta Raihan membawanya berjumpa dengan bakal madunya ketika itu untuk meminta izin.

“Saya nak share satu cerita di mana permulaan sejarah saya kenal dengan suami saya. Di waktu itu saya begitu takut nak berkawan dengan lelaki. Saya rasa lelaki semua jahat semua suka nak ambil kesempatan lagi-lagi pada wanita seperti saya, tiada yang jujur.

“Di usia saya 22, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya. Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi. Dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya sampai nak kena temb4k dengan arwah bapa isterinya dengan sen4pang p4tah.

“Last-last dia dapat jugak kawin. Cintanya memang cinta mati dengan isterinya. Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya.

“Bila dia ajak saya kawin saya cakap bawak jumpa isterinya dulu. Dia berani bawak saya jumpa minta izin, his a gentelman. Walau saya kawin tampa cintan cintun tapi dia tak pernah sia-siakan saya,” ded4hnya.


Zarina pada masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga, termasuk pihak madunya.

“Perempuan perlu apa, perlu dihormati, dihargai, disayangi. Selebihnya kita boleh usaha sendiri. Ke mana kau pergi ingat jaga diri jaga solat jaga maruah selamat dunia akhirat. Semua orang buat salah dari salah kita betulkan diri kita, Insyaallah.

Zarina Zainuddin
Zarina Zainuddin bersama suami

“28 years bukan masa yang sedikit. Terima kasih abah, terima kasih kak shimah dan anak anak tiriku terima diri ini seadanya. Terima kasih mak kenalkan Ina dengan insan yang bernama suami.

“Orang banyak tanya itu suami kedua awak ke. Itulah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun,” tulisnya lagi.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan