Tangkap layar video pemilik akaun TikTok bernama @noviinestya, menceritakan tentang insiden yang dialami oleh rakannya. |
Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @noviinestya, menceritakan tentang insiden yang dialami oleh rakannya.
Video tersebut menunjukkan tangkap layar perbualan antara pemilik akaun dengan rakannya itu.
Rakan wanita itu membelikan sejambak bunga sempena hadiah Hari Ibu kepada calon ibu mertuanya.
Dia menyangka calon mertuanya itu akan menyukai hadiah yang diberikan namun sangkaannya meleset apabila calon mertuanya itu malah memuat naik status di aplikasi WhatsApp yang membuatkan wanita itu berkecil hati.
@noviinestya Kalo ini trjadi sm kalian, kalian mau gmn guys? Pliss tmn gw susah bgt gw kasi tau kalo fyp tlg komen nasehat yg yaa biar tmn w sadar🥲 ##fyp
♬ suara asli - m a g d a l e n a 🌙
“Saya tidak menyukai hadiah-hadiah seperti itu. Bukan budaya kita,” tulis calon ibu mertua itu pada status yang dimuat naik.
Netizen yang membaca kisah itu rata-ratanya menasihatkan rakan kepada pemilik akaun itu supaya mengakhiri hubungannya dengan teman lelaki memandangkan calon mertua seolah-olah tidak menghargainya.
“Lari, baru bercinta sudah bersikap begitu. Bagaimana jika anda berkahwin kelak, mungkin anda semakin tidak dihargai,” komen seorang netizen.
“Dia tidak boleh ‘menyembunyikan’ perasaan dengan baik, rumit jika mempunyai mertua sebegitu,” komen seorang netizen lain. – AGENSI
0 Ulasan