Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jumlah kes positif Covid-19 terus menurun, mengatasi jumlah kes sembuh – Dr. Noor Hisham

Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 361 kes berbanding kelmarin, 353 kes.

Jumlah kes positif Covid-19 terus menurun, mengatasi jumlah kes sembuh – Dr. Noor Hisham
Jumlah kes positif Covid-19 terus menurun, mengatasi jumlah kes sembuh – Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula tidak merekodkan sebarang perubahan apabila mencatatkan 193 kes bersamaan kelmarin, 193 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 23,100 kes positif menunjukkan penurunan berbanding kelmarin, 24,466 kes sekali gus diatasi 30,624 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan penurunan tiga kluster berbanding kelmarin, lima kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,782 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini menurun kepada 480 kluster berbanding jumlah kelmarin, 484 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,302 kluster berbanding kelmarin, 6,295 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 186 kes bersamaan 0.81 peratus daripada 23,100 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 22,914 kes bersamaan 99.19 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 186 kes kategori tiga, empat dan lima, 39 kes bersamaan 20.97 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 84 kes bersamaan 45.16 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 63 kes bersamaan 33.87 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 82 kes bersamaan 44.09 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 84 kes bersamaan 45.16 peratus mempunyai komorbid dan dua kes bersamaan 1.08 peratus kes adalah ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 75 kes berbanding semalam, 40 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,749 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 20 daripada 75 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,710 kes. – Utusan Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan