Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video kejadian sekumpulan lelaki melarikan orang kini sedang diburu polis

Ampang Jaya: Video sekumpulan lelaki melarikan orang kini sedang diburu polis. Portal myMetro melaporkan, polis sedang giat mengesan sekumpulan suspek dalam kejadian melarikan orang di restoran di sini, semalam.

kejadian sekumpulan lelaki melarikan orang kini sedang diburu polis
kejadian sekumpulan lelaki melarikan orang kini sedang diburu polis

Mangsa seorang lelaki, secara paksa dibawa masuk ke dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire warna putih.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian pada 5.03 petang.

Beliau berkata, siasatan dapati mangsa adalah ahli perniagaan lelaki, 38, dan sebelum kejadian pergi makan seorang diri ke restoran berkenaan.

"Semasa di dalam restoran berkenaan, sekumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan datang kepada mangsa seterusnya menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam kenderan Vellfire putih.

Mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Mangsa terus dilarikan menaiki Vellfire dari tempat kejadian.

"Pada 29 September 2022, kira-kira 10.45 malam mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Dipercayai mangsa dilepaskan suspek di Klang selepas kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami beberapa kecederaan di kaki dan muka akibat kejadian dan sudah pun mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Menurutnya, dipercayai punca kejadian akibat masalah hutang dengan pihak majikan.

"Usaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti sedang giat dijalankan," katanya.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun iaitu sesiapa menculik atau melarikan mana-mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah.

"Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk awam yang cuba membantu dalam kejadian berkenaan. Pihak polis juga menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan hutang tanpa lesen yang sah," katanya.

Sumber: myMetro



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan