Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ini puncanya... Masih berpantang, Wawa Zainal masuk hospital, ditahan wad sehari

Masih dalam tempoh berpantang, Wawa Zainal telah dimasukkan ke sebuah hospital kelmarin akibat mengadu sakit di bahagian perut.

Wawa Zainal
Pelakon berumur 30 tahun ini memberitahu, dia dimasukkan ke hospital dan disahkan terkena gastrik

Pelakon berumur 30 tahun ini memberitahu, dia dimasukkan ke hospital dan disahkan terkena gastrik yang telah menyebabkan ususnya terluka.

Kini pelakon berkenaan telahpun dibenarkan pulang ke rumah dan hanya masuk wad untuk satu malam saja.

“Saya kena masuk wad satu malam saja, semalam dah pun diberi kebenaran untuk pulang. Mulanya, saya dah kena sakit perut sejak empat hari lepas. Saya makan banyak jenis ubat tapi tak jalan.”

“Apabila ianya semakin sakit, saya dibawa ke hospital dan berjumpa dengan doktor pakar Gastroenterologi. Kemudian mereka masukkan kamera dalam perut untuk mengetahui puncanya. Barulah tahu bahawa ada luka di dalam.”

Setelah mengetahui punca kesakitan, doktor memberi rawatan serta ubat yang sesuai dan kini beransur pulih.

“Syukur alhamdulillah selepas doktor beri ubat yang sesuai, barulah ianya semakin okey.”

Wawa Zainal kemudian menjelaskan dia kena gastrik sebab agak busy uruskan baby yang baru lahir dan juga ada mengamalkan diet untuk menurunkan berat badannya.


“Saya memang sibuk untuk jaga baby saya. Kalau malam je selalu rasa lapar. Tapi sebenarnya saya tak makan kerana mahu turunkan berat badan. Tidak mahu makan dengan banyak sebenarnya.”

“Sebelum hamil berat saya 45 kilogram. Semasa hamil ianya naik sampai 60 kilogram. Dan setelah bersalin berat saya sekarang 52 kilogram.”

“Oleh itu, saya nak turunkan berat sikit saja, empat kilogram saja. Dah jadi macam ni kenalah tangguh dulu.”

“Sebelum ini saya pernah kena gastrik tapi tak sampai teruk kali ini.”

Doktor telah memberi kebenaran keluar, namun beri nasihat kepada Wawa agar menjaga makan terutama makan makanan pedas untuk elak perkara berulang.

“Saya juga disarankan oleh doktor untuk makan aiskrim sebab boleh legakan sakit perut. Kini saya sudah masuk 30 hari berpantang. Oleh itu tak ada isu untuk makan makanan sejuk. Jangan risau semua, saya okey sekarang ni.”


Wawa Zainal bercerita ketika kejadian, suaminya Aeril Zafrel tiada di rumah sebab jalani penggambaran di Johor. Dia di bawa oleh ahli keluarga lain ke hospital.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan