Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Seorang wanita nyaris dirogol ketika bersenam di kawasan laluan pejalan taman riadah

TEMERLOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cubaan merogol seorang wanita di kawasan laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah di sini pada Jumaat lalu.

Seorang wanita hampir dirogol ketika sedang berjogging di taman
Salah satu laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh 

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 27 tahun selesai membuat senaman di kawasan tersebut.

Menurutnya, tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol terhadap mangsa.

“Mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan wanita tersebut kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan rogol,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Azhar berkata, hasil siasatan, polis berjaya menimbulkan lakaran suspek yang dipercayai berumur awal 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit gelap.

Tambah beliau, lakaran gambar ini telah dibuat hebahan umum bagi membantu siasatan polis.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah terutamanya di tempat sunyi selepas lewat petang dan melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini segera menghubungi talian 09-2716222 atau emel kpdtemerloh@rmp.gov.my dan mana-mana balai polis berhampiran,” jelas beliau.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan