"Insya-Allah, kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi." Demikian kata penerbit dan pelakon, Erma Fatima membabitkan video 'teaser' drama terbitan syarikatnya, Perempuan Itu yang tular hingga mencetuskan kontroversi selepas dimuat naik pelakon Zul Ariffin, semalam.
Isu babak panas Zul Ariffin dengan Siti Hariesa, Erma Fatima kata kebenaran akan didedahkan |
Erma menerusi hantara di Instagram memuat naik gambar harimau kumbang yang sedang bertapa dan tertera tulisan 'Pejuang terbaik tidak pernah marah' dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, Erma turut memuat naik hantaran video yang memaparkan babak pelakon drama itu, Mimi Lana dirotan oleh bapanya yang dilakonkan oleh Eman Manan.
Erma bagaimanapun menutup ruangan komen di Instagram sekali gus menghalang netizen untuk melontarkan komen mereka.
Terdahulu, di pelbagai platform media sosial, heboh mengenai babak dalam drama Perempuan Itu yang memaparkan aksi panas antara pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Erma juga gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab.
Bukan sahaja Erma, bahkan, Zul, Mimi, dan Hariesa juga tidak menjawab panggilan telefon.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik Zul sudah dipadam.
Sumber: myMetro
0 Ulasan