Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] kerana ingin cuba sesuatu yang ekstrem, wanita hamil samun kedai emas

Keinginan mencuba sesuatu yang ekstrem menyebabkan seorang wanita ditahan di rumahnya di Kampung Kuala Linggi, Melaka kerana dipercayai terbabit dalam cubaan menyamun kedai emas.

Video kerana ingin cuba sesuatu yang ekstrem, wanita hamil cuba samun kedai emas
Tangkap layar daripada klip video tular menunjukkan wanita berjubah dan memakai pelitup muka (kiri) kelihatan mengacukan pisau ke arah pekerja kedai emas yang melayaninya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, bertindak atas maklumat, suspek berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang Khamis lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Siasatan awal mendapati wanita itu sedang hamil dan mempunyai suami serta tiga anak, selain bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat swasta.

“Dipercayai motif suspek melakukan perkara itu kerana ingin mencuba sesuatu yang ekstrem,” katanya dipetik Bernama.

Klip video kejadian itu yang tular di media sosial dipercayai hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai emas berkenaan menunjukkan seorang wanita berjubah dan memakai pelitup muka, dipercayai cuba menyamun dengan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh.

Christopher berkata, dalam kejadian kira-kira 4.45 petang 20 Dis lalu, suspek yang berpura-pura ingin membeli emas, tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya kepada pekerja kedai emas yang melayaninya.

Katanya, wanita itu dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan lanjut dan sebilah pisau 13cm yang digunakan dalam kejadian itu dirampas.

Menurutnya, suspek direman empat hari sehingga 27 Dis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak menggunakan senjata.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan