Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kemalangan ngeri: 3 jam Bomba keluarkan mayat lelaki terperosok bawah kontena

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki maut setelah lori kontena dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 382.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Behrang di sini tengah malam tadi menyebabkan laluan ke ibu negara sesak teruk.

Kemalangan ngeri: 3 jam Bomba keluarkan mayat lelaki terperosok bawah kontena
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat lelaki yang terperosok dalam kemalangan di Kilometer 382.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Behrang malam tadi.- IHSAN JBPM PERAK

Dalam kejadian itu, Mohd. Khairuddin Md. Taharim, 44, ditemukan pasukan penyelamat terperosok bawah kontena membawa muatan besi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Ahmad Nazirulmubin Narodi berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.50 tengah malam dengan sepasukan 10 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai tercampak apabila dia ditemui di bawah kontena. Pasukan mengambil langkah keselamatan awal sebelum melakukan operasi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan tiga jam kemudian. Operasi mengambil masa kerana menunggu kren untuk mengangkat kenderaan berat itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika menyelamat, sebuah treler muatan paip besi terbabas lalu melanggar dua kereta, sebuah ambulans yang bersedia di lokasi kejadian dan kemudian turut melanggar kontena tersebut.

Katanya, impak kemalangan itu menyebabkan tiga anggota bomba tercampak dan cedera ringan.

Sementara itu, Plustrafik melalui ciapan di Twitternya memaklumkan setakat pukul 6.38 pagi, semua lorong masih terhalang menyebabkan kesesakan lebih empat kilometer.

Kerja pengalihan sedang dijalankan manakala kenderaan ke selatan dilencongkan keluar ke Plaza Tol Slim River. – Utusan Malaysia



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan