Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Nad Zainal sedang kritikal dalam ICU, mohon doakan dia sembuh...” – Ungku Ismail

Pelakon Ungku Ismail memaklumkan teman rapatnya, aktres popular Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berada dalam keadaan kritikal.

“Nad Zainal sedang kritikal dalam ICU, mohon doakan dia sembuh...” – Ungku Ismail

Ungku Ismail dalam stau hantaran InstaStory hari ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.

“Nad sedang kritikal dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala, amin,” katanya ringkas.

Hari ini, Kosmo! melaporkan pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ICU Hospital Pakar Ampang Puteri.

Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu pesanan WhatsApp hari ini.

Malam tadi, Nad, 32, dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik dipercayai disebabkan simptom Long Covid.

Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.

Pelakon itu juga beberapa kali ke luar negara, termasuk ke Indonesia dan Thailand bagi penggambaran sebuah program travelog bersama Ungku Ismail. – Kosmo!



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan