Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, ada yang meragukan, bapa minta siasatan semula

Tanda pagar #JUSTICEFORBABYSYIFAA trending di laman sosial sejak akhir-akhir ini. Ianya tular selepas warga maya turut serta menuntut keadilan kematian seorang bayi yang diktakan berpunca dari terjerut buaian.

Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, ada yang merqagukan, bapa minta siasatan semula
Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, ada yang merqagukan, bapa minta siasatan semula. (Foto: Bernama)

Mungkin ramai yang masih mengingati kes melibatkan si kecil, Nour Rania Asyifaa Yuseri , 15 bulan, yang meninggal dunia di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Difahamkan dalam kejadian, pengasuh mendakwa kematian bayi itu akibat tersangkut pada kain buaian dalam keadaan tergantung.

Dalam perkembangan terkini, bapa mangsa, Yuseri Yusoff dalam hantaran di laman sosial Facebook menyatakan kesan kecederaan pada leher anaknya bukan terjerut kain buaian sebaliknya dijerut.

Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa,” titipnya.

Yuseri juga difahamkan telah mendapatkan pandangan pakar forensik luar negara yang mana. Menurutnya, bahawa kesan lebam di leher si kecil itu bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.

Susulan penemuan yang meragukan, bapa itu meminta pihak berkuasa untuk menyiasat semula kes kematian anaknya.

Baca juga: Bayi lelaki baru dilahirkan maut ditikam ibu sendiri, seorang remaja 15 tahun sejurus selepas bersalin

“Hari ini adalah hari ke 32 hari pemergian Baby Syifaa.

"Memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh langsung tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian saya mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa turut menyatakan akan membuat permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Saya bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa,” katanya.

Baca juga: Bayi tunjuk perangai ‘sangat baik’ masa mandi, dipakaikan baju, dihantar pada pengasuh, petangnya ‘pergi’ buat selamanya

Setakat artikel ini ditulis, difahamkan bahawa siasatan kes kematian bayi itu telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Fail kes tersebut bagaimanapun telah dipulangkan dan ia perlu disiasat semula klasifikasi mengikut Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan