Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Padah peluk bunga api gergasi ‘Goodbye Philippines’, seorang terbunuh, 380 cedera

Manila: Seorang lelaki mabuk terbunuh kelmarin selepas memeluk bunga api gergasi ‘Goodbye Philippines’ (Selamat Tinggal Filipina) ketika ia hampir meletup.

Padah peluk bunga api gergasi ‘Goodbye Philippines’, seorang terbunuh, 380 cedera
Seorang lelaki mabuk menyalakan mercun seperti dinamit yang dipanggil "Selamat tinggal Filipina" dan memeluknya di Manila ketika ia meletup..

“Rahangnya hancur. Dia yang mabuk memeluk mercun itu,” kata Setiausaha Kesihatan Janet Garin kepada wartawan, semalam.

Lelaki itu adalah mangsa kedua terbunuh kerana menyambut Tahun Baru yang bermula sejak seminggu lalu.

Lapan puluh peratus rakyat Filipina penganut Katolik, tetapi penduduk negara itu percaya dengan membuat bising sehari sebelum Tahun Baru boleh menghindari nasib buruk.

Pengunjung pesta membakar bunga api dan melepaskan tembakan ke udara sebagai cara menyambut musim perayaan pada Disember.

Menurut jabatan kesihatan, 380 orang cedera terkena bunga api dan empat akibat peluru sesat.

Di kebanyakan hospital di seluruh negara, mangsa bunga api dikejarkan ke wad kecemasan dalam kesakitan dan berlumuran darah.

Padah peluk bunga api gergasi ‘Goodbye Philippines’, seorang terbunuh, 380 cedera
Seorang lelaki menyiram air untuk membantu anggota bomba memadam kebakaran yang berlaku ketika warga Filipina menyambut Tahun Baharu di daerah Tondo Manila pada Jumaat, 1 Jan 2016.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Nueva Vixcaya, wilayah pertanian di utara negara itu menjalani pembedahan memotong tiga jarinya selepas mercun meletup di tangannya.

Sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak lain menjalani pembedahan memotong jari akibat cedera kerana mercun.

Dalam pada itu, sebuah kawasan setinggan di Manila musnah selepas terbakar, berpunca daripada bunga api.

Ia menyebabkan 3,000 orang hilang tempat tinggal. - myMetro



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan