Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Genap tiga tahun menghilang tanpa jejak, abang kongsi klip rakaman & gambar terakhir Acap

Anda mungkin pernah dengar nama Acap, remaja yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 di Gua Tempurung, Perak. Hari ini, sudah genap 3 tahun kehilangan beliau, nama sebenar Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap.

Genap tiga tahun menghilang tanpa jejak, abang kongsi klip rakaman terakhir Acap

Setiap kali tiba tarikh 23 Mac, timbul sekelumit perasaan ingin tahu dalam kalangan netizen yang mengikuti detik peristiwa ini tentang apa sebenarnya yang terjadi dan di manakan keberadaan lelaki tersebut.

Genap 3 tahun kehilangan

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya pagi tadi, Denny Lang sentiasa mengingati tarikh keramat yang mana adiknya lesap secara tiba-tiba dan gagal dijumpai sehingga sekarang.

Difahamkan, beberapa kenalannya di Kota Suci Mekah turut menitipkan doa agar Acap serta beberapa individu yang senasib dengannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat seterusnya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Genap tiga tahun menghilang tanpa jejak, abang kongsi klip rakaman terakhir Acap

Video & gambar terakhir

Malah bersempena tarikh itu juga, Denny Lang turut memuat naik video yang memaparkan koleksi foto terakhir adiknya sebelum lesap tanpa sebarang jejak sehingga ke saat ini.

Selain itu, dia turut masih menyimpan beberapa klip yang dirakam secara tidak sengaja oleh peserta lain memaparkan kelibat Acap ketika berada di salah satu checkpoint acara larian terbabit.


Semoga misteri terjawab

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tidak menyangka tempoh misteri kehilangan Acap kini sudah pun masuk tahun yang ketiga. Oleh sebab itu, ramai yang memanjatkan doa serta harapan agar sinar keajaiban muncul jua suatu hari nanti.


Sumber: Denny Lang


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan