Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penduduk Tibet sertai protes besar-besaran bantah dasar ketat Covid-19 China

BEIJING – Protes besar-besaran tercetus di ibu kota Tibet, Lhasa kerana membantah dasar sifar Covid-19 China yang dianggap kejam selepas Beijing melaksanakan sekatan ketat Covid-19 selama lebih tiga bulan di wilayah itu, lapor laman berita Wion News.

Penduduk Tibet sertai protes besar-besaran bantah dasar ketat Covid-19 China
Orang ramai menyertai protes dasar sifar Covid-19 di Lhasa, Tibet. - pic Twitter

Menurut laporan, bantahan itu berlaku pada Rabu lalu dengan beratus-ratus penduduk berkumpul di jalan-jalan dan berlarutan hingga keesokan harinya.

Beberapa rakaman video yang dikongsikan di media sosial memaparkan orang ramai berarak di jalanan. Sukar untuk menterjemahkan apa yang mereka katakan kerana klip video itu dalam bahasa Mandarin.

Klip video lain menunjukkan beberapa pegawai menyekat orang ramai yang berhimpun manakala seorang lagi berkata, ‘tolong faham dan kembali’ menggunakan pembesar suara, demikian menurut Badan Penyiaran Britain (BBC).

Lhasa, Tibet

Stesen Radio Free Asia (RFA) memetik sumber sebagai berkata, penunjuk perasaan memberi amaran kepada pegawai China bahawa jika sekatan Covid-19 tidak ditarik balik, mereka akan ‘menyalakan api’.

RFA mendakwa bahawa kata-kata penunjuk perasaan itu merujuk kepada insiden pada 2009 di mana orang ramai membakar diri kerana memprotes pendudukan China yang didakwa menindas.

Susulan protes pada Rabu lalu, pegawai Beijing mengerahkan pasukan tambahan ke seluruh Tibet kerana bimbang pergaduhan antara orang awam dan polis bertukar menjadi ganas.

Sekatan Covid-19 telah dilaksanakan di Lhasa awal Ogos lalu selepas bilangan kes mula me­ningkat.

Bagaimanapun, penduduk Lhasa mengadu bahawa sekatan Covid-19 oleh Beijing tidak memberi mereka masa yang cukup untuk membuat persiapan dan menyebabkan mereka kehabisan barang keperluan.

Menurut BBC, hantaran di platform media sosial tempatan, Douyin itu turut melaporkan beberapa individu yang mengadu bahawa mereka terperangkap di Lhasa.

Baca: Dasar ketat sifar Covid-19 China nyawa selamat tetapi ekonomi rakyat sengsara

“Kami tidak mempunyai apa-apa pendapatan selama tiga bulan tetapi perbelanjaan kami tidak dikurangkan walaupun satu sen. Kawan-kawan saya di Lhasa, berapa lama anda boleh terus seperti ini,” demikian kap­syen satu hantaran terbabit. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan