Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Saya mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi” – Penceramah bebas

Pengakuan berani dan terbuka seorang penceramah bebas dalam instagram mengatakan beliau tidak divaksin dan membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi mengundang kecaman banyak pihak, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Tangkap layar penceramah bebas tak vaksin
Tangkap layar penceramah bebas tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Dalam akaun Instagram itu, dia menulis: “Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar'”.

TANGKAP layar dari Instagram seorang penceramah bebas mengenai vaksin. - INSTAGRAM
Tangkap layar penuh dari Instagram seorang penceramah bebas mengenai vaksin.

Baca: Dr Izzar bengang jemaah umrah menipu status suntikan vaksin, Ini kata-kata padu beliau

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata, pihak kementerian mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah tidak menerima suntikan vaksin.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.

Baca: “Saya mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi” – Penceramah bebas

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan. Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan,” katanya.


Kenyataan terbuka penceramah bebas itu membuatkan akhmal_zainudin menulis: “Jangan disebabkan ustaz, Malaysia kena banned (dilarang) dariapda menunaikan haji”.

Di platform Twitter pula, ramai yang mahu polis menyiasat kenyataan ustaz terbabit.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan